hmmmm…

•February 9, 2010 • Leave a Comment

saya pun dah tak tahu apa yang harus saya fikirkan. buat itu salah, buat ini pula tidak memuaskan. kadang-kadang nak fikir lama-lama pun buat saya marah sahaja. entahlah. skrg ni, macam gitu je la. tiada perkataan antara kita. setiap manusia dengan ego masing-masing.

tadi bila saya pulang, saya rasa bahagia.
akhirnya, saya telah jumpa teman seperjuangan saya.
Teman karib saya, Safarina. alhamdulillah.

Ramlee Awang Murshid! Penulis buku melayu kegemaran saya. Baru sahaja saya selesai baca buku Mikhail. Best banget dey! haha

:)

Kebimbangan Rasulullah

•January 31, 2010 • Leave a Comment

Habib Ali Aljufri:

Nabi bersabda dalam hadith sahih yang diriwayatkan Imam Bukhari dalam 5 atau 6 bab dalam kitabnya:
“Aku tidak bimbangkan kamu akan berlaku syirik selepasku. Akan tetapi, aku bimbangkan dunia akan dibentangkan kepadamu. Kamu akan merebut-rebutnya sepertimana telah dibentangkan kepada mereka yang sebelummu. Kamu akan merebutnya sepertimana mereka merebut-rebutnya. Ia akan memusnahkanmu sepertimana ia memusnahkan mereka.”

Katanya: “Aku tidak bimbangkan kamu akan melakukan syirik tetapi akan bimbangkan kamu dengan dunia. Daripada berlumba-lumba pada dunia. Daripada menjual agamamu demi dunia. Daripada menjual akhlak, dasar, kemuliaan, istiqamah dan adatmu yang mulia demi dunia.”

Inilah yang dibimbangi Rasulullah dengan kita. Baginda tidak bimbangkan terhadap kita dengan gambaran syirik dan selainnya. Apalah digembar-gemburkan oleh mereka tentang syirik sedangkan mereka membiarkan manusia berpaling ke arah dunia.

wassalam

buku

•January 20, 2010 • Leave a Comment

masyaallah, buku yang saya baca tu penuh dengan hikmah. dah banyak yang saya belajar dari buku the story of the reed. bagaimana untuk menjadi seorang muslimah yang lebih baik. tapi saya tahu, sukar untuk saya capai tahap iman sahabat-sahabat rasulullah yang tidak gentar akan apa-apa kecuali Allah swt.

dan kadang-kala, walaupun saya tahu bahawa saya harus sentiasa tabah menghadapi dugaan Allah, bukanlah mudah untuk saya tidak sedih bila menghadapinya. tapi, saya akan tetap mencuba.

kerja masih belum bermula. tak sabar saya sebenarnya. tapi macam tertangguh terlalu lama. mungkin saya akan cari kerja yang lain pula.

kesalan

•January 14, 2010 • Leave a Comment

tika hati dipenuhi kekesalan
badan merasakan kelemahan
akal dibelenggu kekacauan

mengapakah hidup ini perlu dengan seribu masalah?
aku tahu jawapannya.
tapi, walau akal seringkali mengingatkanku supaya jangan bersedih, hati merasakan sebegitu.

kementahan inilah yang menjadi kelemahanku
selalu ada je yang tak kena.
haiz
alangkah baiknya jika duduk merungut itu dapat menyelesaikan segala beban yang ditanggung. tapi tidakkan?
masalah kecil menjadi besar. semata-mata kerana wang. yang tidak banyak ku punya waktu ini.

baguslah juga tiada sesiapa yang membaca blog ini. sekurang-kurangnya, dapat ku luahkan setiap isi hatiku di sini.
malangnya, kadangkala menyimpan sebuah rahsia itu hanya akan mendatangkan keperitan. dan perasaan ingin mengongsinya dengan seseorang. tapi siapa? aku ada ramai teman yang boleh kupercayai. tapi entah. bila hendak cakap, akal ini berfikir lagi. adakah rahsia ini wajar diberitahu?

bingung.

perasaan dan fikiran seorang hamba

•January 13, 2010 • Leave a Comment

baru selesai menonton cerita American Idol. waduh, gembiranya mereka yang mendapat ‘tiket’ ke hollywood. tapi ada pulak yang sedih banget dey.
kadang-kala saya bingung untuk lahirkan pendapat saya tentang budaya Amerika. terdapat banyak dimensi yang sungguh berbeza. ada orang Amerika yang amat baik budi pekertinya, ada pula yang suka marah-marah. dan tidak lupa budaya bebas yang menyebabkan ramai anak muda di sana yang jatuh ke dalam lembah maksiat.

bagaimanapun, diri ini sendiri tidak lari dari dosa. memang seringkali, hati menjerit ya tetapi akal mengatakan tidak. bagi aku, imanku belum boleh dikatakan kukuh. tapi alhamdulillah, saya amat bersyukur kerana mendapat bimbingan ayah ibu, keluarga dan juga teman-teman.

dunia ini ternyata melalaikan jika seseorang itu tidak mempunyai sebarang pedoman. nafsu diri ini terhadap dunia sukar dihapuskan. ya allah, jauhilah aku dari jalan yang sesat. kuatkan dan tetapkan imanku terhadapMu hingga ke akhir hayatku.

bukan senang menjadi seorang penyabar. yang dapat mengawal perasaan tatkala diri ditimpa kesusahan. dan bukan senang juga menjadi seorang pemaaf. pabila kenangan silam sering menghantui minda. apakah yang harus aku lakukan untuk memaafkan dirimu? dan membuang segala perasaan burukku terhadapmu.

yang sewajarnya, aku menghormati dan menyayangi kamu. tapi kini, aku tidak pasti bahawa itu yang aku rasakan.

aku sedar, diriku ini menyembunyikan bibit-bibit keegoan ataupun kesombongan. yang timbul ketika menerima pujian atau memuji diri sendiri. jauhnya aku dari mempunyai watak atau sifat seorang penghuni syurga.

wassalam

kehidupan

•January 5, 2010 • Leave a Comment

saya rasa saya ni masih mentah sangat dalam menghadapi kehidupan. kadangkala lemah, tak bersemangat dan cepat putus asa. entahlah, hari ni mood pun tak begitu baik. banyak termenung.

harap-harap saya dapat kerja ni. amin

ayah

•January 3, 2010 • Leave a Comment

tadi pagi saya baca berita harian dan nampak gambar besar encik Muszaphar, angkasawan pertama Malaysia, dan tunangnya pada hari pertunangan mereka terpampang di muka surat 3. jadi saya pun beritahu ayah saya la, “pa, lawanya perempuan dia!”

ayah pulak jawab, “ye la, pengantin katakan. mestilah lawa. tengoklah nanti bila dia masuk dapur.”

HAHAHAHAHA. lucu jugak ah.

pekerjaan

•January 1, 2010 • Leave a Comment

macam susah gitu nak cari kerja. kepala saya pun naik pening lah. macam mana ni? susah jugak kalau saya tak dapat kerja. masih kena harapkan ibubapa untuk bayarkan kelas memandu, duit untuk tambang pengangkutan semua. risau tu adalah. saya dah e-mel tapi macam takda yang balas balik.

dah lah. saya pun macam malas nak fikirkan. kalau takda, paling-paling saya duduk rumah habiskan semua buku cerita yang saya beli dulu.

:(

cuti-cuti malaysia

•December 29, 2009 • Leave a Comment

memang seronok pergi cuti dengan keluarga. ada banyak ketawa tapi ada jugak marah-marah. ye la, mak mesti nak marah pasal tak cepat mandilah atau baju dah cuci pun tak tahu nak masukkan balik dalam beg. heh

lepas tu dapat shopping! termasuklah abangku. dia beli empat baju sekali! tak nak kalah dengan kaum wanita. memang best la shopping tapi penat betul.

apa yang saya pelajari dari percutian kali ini ialah kena banyak bersabar bila menjaga orang tua. yai saya pun ikut pergi kl dengan kami. kita mesti selalu tengok kalau dia nak apa-apa ke. dan kita mesti ingat yang orang tua ni tak sekuat kita. lagi-lagi yai saya yang dah berumur 88 tahun. jadi mesti beri dia banyak berehat jugak. kadang-kadang orang tua akan cepat marah kalau dia rasa tak selesa tapi kita mesti pandai pujuk dan terus ambil berat tentang mereka.

saya dah betul-betul penat sekarang. dah nak masuk pukul 3 pagi! ish!
k selamat malam :)

pengorbanan

•December 5, 2009 • Leave a Comment

tadi saya tolong ibu di dapur. alhamdulillah, pasal bila buat kerja dengan ibu, mesti ada nasihat yang diberikan. bolehlah dibuat pengajaran kan.
ibu beritahu bahawa sunnah nabi semua memerlukan pengorbanan. contohnya mendirikan rumahtangga. bukannya senang nak mengalami perkahwinan. banyak cobaannya. kan lagi senang jadi bujang. tak banyak tanggungjawab. hidup lebih mudah. tapi tula, ibu kata kita tak dapat ganjaran. dan kehidupan tu pula akan kurang makna kalau takda pengorbanan.

begitu juga dengan jaga orang tua. ganjaran dia melimpah ruah. allah Maha Kaya. tapi bukan senang. kita mesti banyak bersabar layankan kerenah mereka. walaubagaimanapun, rahmat dan berkat yang mereka bawa ke rumah tu, sangatlah banyak.
ni semua pun untuk bekal akhirat. ye la, kita hidup ni pun bukan lama. tengok macam saya ni. tup tup dah lapan belas tahun. jadi kita tak bolehlah fikirkan pasal nak hidup senang je. mesti ingat masyarakat dan akhirat. masyarakat pun dapat faedah kalau lebih perkahwinan pasal dapat keturunan. jaga orang tua pun tak bagi beban pada orang lain. akhirat tu pulak buat selama-lamanya.

:)